Pages

Friday, 28 March 2014

Manis~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Perkongsian bersama 😊

Mendapat Kemanisan Iman:

Teruskan berzikir walaupun masih lalai.
Dekatkan diri dengan orang soleh.
❤ Sahabat yang mengingatkan kepada kebaikan.
Melazimi taubat kepada Allah s.w.t (Istighfar).
Sentiasa memandang/melihat perkara yang lebih
bawah dari kita.

-Semoga bermanfaat & sama-sama mendoakan-


Berani mati bertindih tulang, dalam perjuangan hidup ini.
Moga terus harum mewangi...

Thursday, 16 January 2014

Doa~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sedikit perkongsian~

Dari Abu Hurairah r.a bahawa, baginda Nabi S.A.W telah mengajar kita agar selalu berdoa dengan sabda-Nya yang bermaksud:

"Apabila seseorang dari kamu telah bertasyahud (dalam solat, ada duduk tasyahud) maka hendaklah dia membaca doa memohon perlindungan dari empat perkara iaitu:

Ya Allah, aku berlindung denganMu
daripada azab Jahannam, azab Kubur,
daripada fitnah hidup dan selepas mati
dan daripada kejahatan fitnah al-masih Dajjal."

- (Hadis Riwayat Muslim)

Wednesday, 4 December 2013

Takut & Harap~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sekadar Perkongsian~

Terkadang mahmudah tidak kesampaian
hanya dengan tekunnya amalan
Tetapi harus ditempa oleh tusukan ujian
daripada kesakitan, kegagalan dan..
persengketaan

Seringkali dosa dan mazmumah
ditandai oleh retaknya ukhuwah
Sejauh mana kasih sesama manusia
dibatasi oleh cinta yang Esa
teguh iman, kukuhlah percintaan

Terkadang Allah menyempitkan
supaya kita tak hanyut dalam kesenangan..
terkadang Dia melapangkan...
supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
terkadang Dia melepaskan kita daripada kedua-duanya
supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya..

- Pahrol Mohamad Juoi (Cinta kerana Allah)

Friday, 27 September 2013

Jaga-jaga~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mari jaga hati, jaga aurat, jaga pandangan, 
jaga akhlak, jaga iman..

Hindari persengketaan, kekalkan keharmonian ^_^
Insya Allah, amin...



Friday, 9 August 2013

Harapan~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat Hari Raya Aidilfitri!
 buat semua kawan-kawan dan seangkatan dengannya.
Semoga berada dalam keadaan sihat dan gembira selalu okay~
Syawal kembali setelah Ramadan berlalu,
Pastinya suka duka sepanjang perjalanan telah pun dilalui
dengan  penuh muhasabah di hati. Semoga kita akan beroleh ketenangan.

Banyak perkara yang yang tidak ingin kita lupakan, 
insan-insan yang tidak ingin kita tinggalkan,
Namun kehidupan perlu diteruskan,
Dalam mencari redha Tuhan,
Semoga bertemu jalan yang diimpikan.

Maaf Zahir Batin


Tuesday, 9 July 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Semoga bulan yang baik ini dapat memberi rahmat kepada kita, mendidik jiwa supaya sentiasa sabar dan tabah dalam menempuh perjuangan hidup. Amin~

Sunday, 16 June 2013

My Precious 25

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tamat sudah hari kelahiran yang ke-25 pada 15 Jun 2013. Alhamdulillah, masih lagi dilimpahkan rezeki, diberi peluang untuk meneruskan kehidupan, menjadi insan yang lebih baik, mencari satu rahmat & kebahagian di hari-hari mendatang. Moga-moga~amin. Terima kasih kepada keluarga, saudara, sahabat yang mendoakan. 

Semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah. S.W.T
Take care always~


Tuesday, 28 May 2013

Second Drive-Thru

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Feel free to visit blogcraft saya, melihat some trinkets felt yang berjaya saya hasilkan sepanjang bergiat dalam seni kraf. More cute things to do soon. Terima kasih kepada rakan-rakan dan keluarga. Siapa suka senyum lebih okay.

Hadirkan manis dalam senyuman.


Okay, Jumaat ni ada interview, hope all will be okay and just nice. Amin.

Friday, 10 May 2013

The Face Painter~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Entry kali ini bersempena dengan satu lagi pengalaman baru saya. Get offer dari sahabatku Feeza, membantu beliau menjayakan job face painting sempena Cancer Event untuk kanak-kanak di Hospital Universiti.

Suasana memang meriah. haha! Non-stop painting sampai tak sempat nak berjalan sekitar event tu.  Tapi, it worth sebab dapat happykan adik-adik kecil yang manis dan comel belaka.

Big thanks to sahabatku Hafeezah & Aunty Yan's Face PaintingBagi sesiapa yang nak buat birthday party or any related event untuk kanak-kanak, boleh menghubungi mereka ya. 
Okay, happy! 😘



Done by me, sempat snap pakai handphone je. 😊