Pages

Wednesday 13 December 2017

Tanda Syukur

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Di sini saya kongsikan sedikit nukilan yang saya dapat catatkan daripada Ust. Syamsul Debat dalam perkongsiannya tentang Syukur.

Terdapat 7 perkara yang menunjukkan tanda syukur kita kepada Allah SWT:
  • Jaga Lisan
    • 'Berlidah' (Percakapan)
    • 'Berjari' (Whatsapp / Massenger / etc)
  • Jaga Hati (Sentiasa bersangka baik)
  • Jaga Mata (Pandangan)
  • Jaga Perut (Mencari rezeki yang halal)
  • Jaga Tangan (Perbuatan)
  • Jaga Kaki (Langkah kita ke mana?)
  • Jaga ketaatan kepada Allah & Rasul SAW
Saya nukilkan juga sedikit perkongsian daripada Pn. Murshidah Said (International Speaker / Entrepreneur / Corporate Trainers Spreading) tentang bagaimana untuk kita bersyukur:
  1. Membuat Jurnal Kesyukuran
    •  Buat jurnal ini untuk motivate diri kita ke arah yang lebih positif dan supaya kita lebih menghargai segala nikmat rezeki yang dikurniakan.
  2.  Sentiasa Memberi
    • Berilah dengan sepenuh hati kita dari segi masa, senyuman, menyampaikan kata-kata yang baik, pertolongan, harta dan keupayaan diri kita dalam melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan yang sama atau lebih.
  3.  Berpuasa
    • Tidak dapat dinafikan dengan berpuasa juga kita dapat menjauhi emosi dan diri kita dari pemikiran negatif. Kita boleh melakukan cara ini selama 24 jam atau pada waktu malam dan sebagainya.
Semoga dapat meningkatkan lagi penghayatan kita dalam kesyukuran. Alhamdulillah! 😊😊
Terima kasih~


Tuesday 14 November 2017

Emosi Negatif

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Di petang yang indah ini, ingin saya berkongsi penulisan yang saya peroleh dari sebuah buku, khususnya untuk diri sendiri dan untuk dikongsikan bersama kawan-kawan.

Petikan dari Bahagia & Membahagiakan, hasil penulisan Prof. Dr. Muhaya. Menurut beliau, di dalam diri kita ini sepatutnya tidak boleh ada emosi yang negatif, antaranya:

Memarahi diri sendiri
Menyesal
Marah
Dendam dan benci

Bila difikirkan semula, memang ada kebenarannya sebab kita hanya menyemaikan sifat-sifat mazmumah dalam diri kita ini. Sebagai contoh, macam kita marah pada seseorang, marah semahu-mahunya. Hasilnya? pening, sedih, 'stress' lagi and mostly yang terjadi selepas itu, kita menangis. Paling tidak pun, baru nak fikir panjang. Sebab apa? Bukanlah sebab puas hati pun, tapi hadir rasa menyesal dan marah pada diri sendiri disebabkan emosi negatif kita pada insan tersebut.. Masa tu, baru kita sedar dan mungkin mula keluar kata hati: "Kalaulah aku bersabar sikit.., Kalaulah aku tidak marah.., Kalaulah begini keadaannya.."

Pasti kita pun tahu, lebih banyak impak positif berbanding negatif. Betul tak? Saya sendiri pun pernah mengalaminya...

Tapi, perlu ke ada penyesalan itu?
Bagi saya, penyesalan itu perlu, tapi bukanlah untuk kita terus merundum jatuh tak nak bangun lagi dah, melainkan kita mati. Anggaplah penyesalan itu satu teguran daripada Allah, inilah yang saya dengar; Biarlah penyesalan yang membuatkan kita bangkit kembali dan lebih berhati-hati dengan emosi serta mengubah diri untuk menjadi yang lebih baik. Janganlah dibiar sesalan berpanjangan yang boleh menghalang pembangunan diri.

Dendam dan benci juga salah satu rasa yang kita sendiri sebenarnya boleh rasa tidak perlu ada, kerana dunia ini hanya sementara, kita nak dapat kebaikan di akhirat nanti kan? Jadi perlu juga untuk kita mencari kebaikan di dunia, tanpa ada benci, iri hati, dendam dan seangkatan dengannya. Sebab, ianya hanya akan mendatangkan penyakit yang buruk dalam hati dan diri kita. 

Jangan ada benci, walau di antara kita berada dalam haluan yang berbeza. Apa pun, manusia memang tidak akan pernah lari dari kesilapan..

Marilah menanam kebaikan, menyemai ketabahan dan kesabaran dalam diri. Semoga kita diredai. Amin~ 

Memaafkan orang memang penting, maka segeralah memaafkan. Dengan memaafkan, kita lebih bahagia. Semoga kita semua sentiasa meningkatkan proses untuk membuang perasaan negatif dalam diri. 😊😊