السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sedikit perkongsian~
Dari Abu Hurairah r.a bahawa, baginda Nabi S.A.W telah mengajar kita agar selalu berdoa dengan sabda-Nya yang bermaksud:
"Apabila seseorang dari kamu telah bertasyahud (dalam solat, ada duduk tasyahud) maka hendaklah dia membaca doa memohon perlindungan dari empat perkara iaitu:
Ya Allah, aku berlindung denganMu
daripada azab Jahannam, azab Kubur,
daripada fitnah hidup dan selepas mati
dan daripada kejahatan fitnah al-masih Dajjal."
- (Hadis Riwayat Muslim)