Pages

Wednesday, 4 December 2013

Takut & Harap~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sekadar Perkongsian~

Terkadang mahmudah tidak kesampaian
hanya dengan tekunnya amalan
Tetapi harus ditempa oleh tusukan ujian
daripada kesakitan, kegagalan dan..
persengketaan

Seringkali dosa dan mazmumah
ditandai oleh retaknya ukhuwah
Sejauh mana kasih sesama manusia
dibatasi oleh cinta yang Esa
teguh iman, kukuhlah percintaan

Terkadang Allah menyempitkan
supaya kita tak hanyut dalam kesenangan..
terkadang Dia melapangkan...
supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
terkadang Dia melepaskan kita daripada kedua-duanya
supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya..

- Pahrol Mohamad Juoi (Cinta kerana Allah)