Pages

Tuesday 14 November 2017

Emosi Negatif

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Di petang yang indah ini, ingin saya berkongsi penulisan yang saya peroleh dari sebuah buku, khususnya untuk diri sendiri dan untuk dikongsikan bersama kawan-kawan.

Petikan dari Bahagia & Membahagiakan, hasil penulisan Prof. Dr. Muhaya. Menurut beliau, di dalam diri kita ini sepatutnya tidak boleh ada emosi yang negatif, antaranya:

Memarahi diri sendiri
Menyesal
Marah
Dendam dan benci

Bila difikirkan semula, memang ada kebenarannya sebab kita hanya menyemaikan sifat-sifat mazmumah dalam diri kita ini. Sebagai contoh, macam kita marah pada seseorang, marah semahu-mahunya. Hasilnya? pening, sedih, 'stress' lagi and mostly yang terjadi selepas itu, kita menangis. Paling tidak pun, baru nak fikir panjang. Sebab apa? Bukanlah sebab puas hati pun, tapi hadir rasa menyesal dan marah pada diri sendiri disebabkan emosi negatif kita pada insan tersebut.. Masa tu, baru kita sedar dan mungkin mula keluar kata hati: "Kalaulah aku bersabar sikit.., Kalaulah aku tidak marah.., Kalaulah begini keadaannya.."

Pasti kita pun tahu, lebih banyak impak positif berbanding negatif. Betul tak? Saya sendiri pun pernah mengalaminya...

Tapi, perlu ke ada penyesalan itu?
Bagi saya, penyesalan itu perlu, tapi bukanlah untuk kita terus merundum jatuh tak nak bangun lagi dah, melainkan kita mati. Anggaplah penyesalan itu satu teguran daripada Allah, inilah yang saya dengar; Biarlah penyesalan yang membuatkan kita bangkit kembali dan lebih berhati-hati dengan emosi serta mengubah diri untuk menjadi yang lebih baik. Janganlah dibiar sesalan berpanjangan yang boleh menghalang pembangunan diri.

Dendam dan benci juga salah satu rasa yang kita sendiri sebenarnya boleh rasa tidak perlu ada, kerana dunia ini hanya sementara, kita nak dapat kebaikan di akhirat nanti kan? Jadi perlu juga untuk kita mencari kebaikan di dunia, tanpa ada benci, iri hati, dendam dan seangkatan dengannya. Sebab, ianya hanya akan mendatangkan penyakit yang buruk dalam hati dan diri kita. 

Jangan ada benci, walau di antara kita berada dalam haluan yang berbeza. Apa pun, manusia memang tidak akan pernah lari dari kesilapan..

Marilah menanam kebaikan, menyemai ketabahan dan kesabaran dalam diri. Semoga kita diredai. Amin~ 

Memaafkan orang memang penting, maka segeralah memaafkan. Dengan memaafkan, kita lebih bahagia. Semoga kita semua sentiasa meningkatkan proses untuk membuang perasaan negatif dalam diri. 😊😊

0 comments:

Post a Comment

Komawoyo~ Thank You! ^^v